Tuesday, 22 November 2011

Mencari Kekayaan Hati

Harta jika diletakkan sbg alat, ia akan menyelamat.. Jika ia menjadi matlamat, ia akan membawa mudarat.. Justeru, letakkan harta di tangan supaya ia mudah dibelanjakan ke jln Allah.. Jgn letak di dlm hati sehingga menimbulkan tamak & zalim, lalu menimbulkan musibah..



Kaya harta atau miskin harta bkn menjadi persoalan, tetapi perlu berusaha utk mencari kekayaan hati yg boleh dimiliki oleh si miskin & si kaya... Allah Maha Adil dgn tidak meletakkan ketenangan & kebahagiaan pd harta krn tidak semua manusia mampu memilikinya..   Hati yg kaya, akan berasa cukup dgn yg sedikit.. Sebaliknya hati yg miskin tidak akan berasa puas dgn yg byk.. Jika miskin hati, rebutlah pahala dgn amalan..Org yg kaya hati akan terus memberi walaupun tidak berharta..


Jika tidak mampu memberi kekayaan, berilah dgn memberi salam & senyuman.. Jika ingin kaya, berniagalah dgn Allah melalui zakat & sedekah... Tidak kira kita drpd golongan apapun, sama ada kaya, sederhana atau miskin, tetapi yg penting kita mesti kaya....KAYA HATI

                               ~RENUNG2 KAN & SELAMAT BERAMAL ^_^ ~

No comments:

Post a Comment